Tuesday, 14 March 2017

TEKANAN DARAH TINGGI

TEKANAN DARAH TINGGI / HIPERTENSI

TEKANAN darah tinggi kadangkala digelar 'pembunuh senyap' kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini mengidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa. Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Penyakit ini bukanlah asing dikalangan rakyat Malaysia mahupun di dunia, malah ada dikalangan ahli keluarga kita yang mengidap penyakit ini, samada disedari atau tidak. Penyakit darah tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana ia sangat berbahaya jika tidak dikawal dan boleh menjadi penyebab utama kepada serangan penyakit berbahaya seperti serangan strok dan jantung (heart attack) serta penyakit kardiovaskular yang lain, kegagalan buah pinggang dan buta. Ini menjadikan penyakit darah tinggi 'pembunuh senyap' yang ramai orang tidak sedar.

Penawar serangan sakit berkaitan jantung
Danshen Plus- langkah pencegahan serangan jantung

Penyakit ini melibatkan lebih kurang 5 hingga 6 juta rakyat Malaysia dan bilangan kes semakin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.

APAKAH PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah adalah jumlah daya yang dikenakan terhadap dinding arteri semasa pengaliran darah, ia bermaksud dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan berulang-ulang kali untuk tempoh atau jangkamasa yang panjang secara berterusan. Dalam istilah lain dipanggill KRONIK.

Berdasarkan kepada statistik, lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular. Ini menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia. Dan, penyakit tekanan darah tinggi ini amat berkait rapat serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular, dan ianya dengan semakin meningkat setiap tahun. 

MENGUKUR TEKANAN DARAH

Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan secara berterusan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke paru-paru, di mana bekalan oksigen akan diisi semula. Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh tubuh. Proses mengepam darah ini mewujudkan tekanan darah. Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:

1. Tekanan Sistolik - apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.
2. Tekanan Diastolik = apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.


Keratan rentas saluran darah - normal vs mendapan lemak

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung. Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.

Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita. Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.

SIMPTON PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya  Gejala tekanan darah tinggi biasanya termasuk: -
Sakit kepala. Kebiasaannya  akan berlangsung selama beberapa hari;
Loya . Rasa tidak selesa di dalam perut dengan keinginan untuk muntah;
Muntah;
Pening;
Penglihatan kabur atau berbayang (diplopia);
Hidung berdarah;
Berdebar-debar - degupan jantung yang tidak sekata;
Sesak nafas.

Terdapat juga banyak insiden di mana tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.

PUNCA BERLAKU TEKANAN DARAH TINGGI

Kebanyakan punca berlakunya tekanan darah tinggi kerana faktor-faktor di bawah: -

1. Umur - mereka yang berusia lanjut adalah lebih tinggi risiko mempunyai tekanan darah tinggi.

2. Sejarah keluarga - Jika ada ahli keluarga yang rapat yang mempunyai  tekanan darah tingg, maka  kemungkinan untuk mengidapnya juga adalah jauh lebih tinggi.

3. Suhu - Tekanan darah lebih rendah di tempat lebih panas dan meningkat di tempat lebih sejuk.

4. Obesiti / berat badan berlebihan.

5. Aspek gender - Secara umum, tekanan darah tinggi lebih biasa di kalangan lelaki dewasa berbanding wanita dewasa. Walau bagaimanapun, selepas umur 60 lelaki dan wanita adalah sama-sama terdedah.

6. Aktiviti fizikal -Kurang bersenam, serta mempunyai gaya hidup yang tidak aktif, meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

7. Merokok - Merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit, mengurangkan kandungan oksigen dalam darah. Faktor ini menyebabkan jantung perlu mengepam lebih cepat untuk mengimbanginya dan akibatnya  meningkatan tekanan darah.

8. Pengambilan alkohol

9. Pengambilan garam yang tinggi

10. Diet tinggi lemak - Lemak yang diperolehi dari tumbuh-tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun serta minyak omega yang banyak terdapat dalam beberapa jenis ikan adalah baik untuk badan. Manakala lemak tepu yang banyak terdapat pada haiwan dan lemak trans adalah tidak baik untuk tubuh.

11. Tekanan mental -Tekanan mental atau ‘stress’, terutama dalam jangka masa panjang mempunyai kesan yang serius terhadap tekanan darah. Tahap tekanan mental yang tidak diuruskan dengan baik boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

12. Diabetes - Penghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat tekanan darah tinggi.

13. Kehamilan -  Wanita hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat tekanan darah tinggi berbanding wanita umur yang sama yang tidak hamil. Ia adalah masalah perubatan yang paling biasa yang dihadapi sepanjang proses kehamilan.


KOMPLIKASI PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI AMAT BERBAHAYA

Jika tekanan darah tinggi yang tidak dirawat atau dikawal, tekanan yang berlebihan pada dinding arteri boleh mengakibatkan  kerosakan saluran darah (penyakit kardiovaskular), serta organ-organ penting yang lain. Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.

Berikut adalah senarai beberapa komplikasi kemungkinan tekanan darah tinggi: -
1. Strok – ini antara contoh kerosakan pembuluh darah yang besar. Aliran darah ke otak yang terjejas disebabkan sekatan atau arteri yang pecah ke otak dan sel-sel otak mati;



2. Serangan jantung – Ini juga contoh kerosakan pada pembuluh darah besar. Otot jantung mati akibat kehilangan bekalan darah.
Penawar jantung herba
Danshen Plus-penawar jantung herba
3. Kegagalan jantung – lagi contoh kerosakan pada pembuluh darah besar. Jantung bergelut untuk mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seluruh badan. Keadaan lebih serius apabila otot jantung  mengepam darah pada tekanan yang lebih tinggi ke dalam saluran darah beku. Sesetengah pembekuan darah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius;

4. Aneurisme - Bengkak atau bonjol di dinding urat, arteri atau jantung. Dinding menjadi lemah dan boleh pecah di saluran aorta, kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.

5. Penyakit buah pinggang – Ini adalah contoh kepada kerosakan pembuluh darah yang kecil. Tekanan darah tinggi sering merosakkan saluran darah kecil di dalam buah pinggang, menyebabkan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya buah pinggang boleh gagal sepenuhnya (kegagalan buah pinggang);

6. Hipertensi retinopati/mata – lagi contoh kerosakan pada pembuluh darah kecil. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh membawa kepada saluran darah ke mata menebal, mengecil atau koyak, yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan;

7. Sindrom metabolik - ini adalah satu gangguan metabolisme badan, termasuk garis pinggang yang lebih besar, tahap HDL darah rendah (kolesterol baik), tekanan darah tinggi. Golongan ini berisiko tinggi dan lebih terdedah kepada diabetes, strok dan penyakit jantung.

8. Masalah kognitif dan memori - keupayaan untuk mengingati sesuatu, belajar dan memahami akan  terjejas.

9. Atrial fibrillation’atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.

GAYA HIDUP SIHAT MAMPU MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI 

Mujurlah penyakit tekanan darah tinggi ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.

1. Bersenam - Bersenam selama 30 hingga 60 minit lima hari seminggu biasanya akan menurunkan tekanan darah. Senaman perlu disesuaikan dengan keperluan dan kesihatan seseorang.

2. Hindari pengambilan alkohol

3. Makan secara sihat – banyakkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran, karbohidrat bertapis,  minyak sayur-sayuran dan minyak omega.  Jika hendak ambil produk haiwan, pastikan lemak dipotong dan elakkan daging yang diproses.

4. Mengurangkan pengambilan garam (sodium)

5. Menurunkan berat badan

6. Mengurangkan pengambilan kafein, minuman berkabornat  dan minuman tenaga berkabonat - minuman popular ini meningkatan dalam tekanan darah dan kadar degupan jantung.  Pengambilan kafein yang berlebihan tidak baik untuk orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

7. Tidur - tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat tekanan darah tinggi.

8. Mengambil supplement atau makanan tambahan yang sesuai.

Antibodi herba
Antobodu Herba - DCC

Sila KLIK disini dan KLIK di sini untuk mendapatkan langkah penyelesaian kepada masalah tekanan darah tinggi.

Monday, 13 March 2017

DANSHEN PLUS

APAKAH TASLY DANSHEN PLUS

Tasly Danshen Plus adalah ubat berasaskan herba semulajadi yang diperkenalkan serta dipasarkan kepada umum sebagai langkah pencegahan serta mengurangkan risiko penyakit yang mempunyai risiko tinggi sehingga membawa ke tahap kronik.
Penawar Jantung Herba
Penawar berasaskan herba semulajadi

Tasly Danshen Plus telah dipasarkan ke 40 buah negara dengan pelanggan melebihi 200 juta di seluruh dunia. Produk ini telahpun mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari FDA yang berpengkalan di USA, kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil pengiktirafan HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Buku Klinikal & Sijil FDA

JAKIM, HDC
Sijil sijil HALAL

KAJIAN KLINIKAL
Berdasarkan kepada kajian pakar perubatan klinikal, 40.2% pesakit merasai kesan 'analgesic' yang ketara selepas mengambil Kapsul Danshen Plus, manakala 48% pesakit merasai kelegaan sakit jantung sejurus meletakkan kapsul di bawah lidah selama 5 hingga 10 minit. Jumlah keberkesanan selepas mengambil kapsul Danshen Plus mencapai sehingga 88%. Kajian klinikal juga mendapati kepantasan kesan selepas mengambil Tasly Danshen Plus setara dengan nitrogliserin.

Pengambilan kapsul Danshen Plus untuk jangka panjang berkesan untuk menghindari penyakit yang berisiko tinggi.



Penyakit jantung pada dasarnya disebabkan sel-sel jantung yang mati. Ini mengakibatkan pengaliran darah ke jantung terganggu/terhenti (kesan dari pembuluh darah yang tersumbat).

Tasly Danshen Plus utk
Imej Saluran Jantung Tersumbat

Kapsul Danshen Plus boleh diambil oleh mereka yang sihat ataupun mereka yang sedang menghadapi/mengalamai penurunan pada tahap kesihatan. Bagaimana Danshen Plus berfungsi-


Cara Pemakanan untuk mendapat kesan yang optimum:

- Bangun pagi, minum air segelas dahulu. Biarkan perut kosong dan buka kapsul (1 atau 2 kapsul) dan tuangkan ke bawah lidah. Biarkan ia larut perlahan-lahan dan kemudian barulah ditelan;

- Biar seketika (10 hingga 15 minit) sebelum minum segelas air. Jangan terus mengambil sarapan sebaliknya biarkan ubat meresap ke dalam saluran darah utk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit;

- Adalah amt disarankan untuk meminum banyak air kosong bagi mengelakkan panas badan disamping untuk mempercepatkan proses pembersihan saluran darah;

- Jika sekiranya anda ada mengambil ubatan lain dari hospital, jarakkan lebuh kuran satu (1) jam selepas mengambil Danshen Plus.

Nota - Setiap botol Danshen Plus mengandungi 30 kapsul pada harga RM175.00 


Wednesday, 8 March 2017

DONG CHONG CAO

DONG CHONG CAO (DCC)

DCC ini juga di gelar sebagai Raja Herba yang berasal dari Negara China. Dong Chong Chao merupakan herba yang telah diamalkan penggunaan nya sejak turun temurun lagi oleh masyarakat di Negara China untuk memperbaiki tahap kesihatan mereka. Tasly Dong Chong Chao diproses dgn teknik yang moden dan telah menjalani kajian klinikal yang menyeluruh bagi memastikan ia selamat dan  dapat memberi  kesan yang optimum kepada pengguna.



Walaupun anda tidak sakit, ini tidak bermakna anda sihat. Terdapat 99.9% individu berada dalam keadaan separuh sihat yang boleh mencetuskan berbagai penyakit kronik . Tanda-tanda  seperti keletihan , ketat dibahagian leher/tengkuk, degupan pantas dan tidak setara, kuat berpeluh, nafas pendek , kurang selesa dibahagian dada perlu diberi perhatian segera. Janganlah memandang ringan dengan tanda2 awal yang kita rasai. Sebab mencegah itu jauh lebih baik dari mengubati.

DCC Herba antibodi

Ciri utama DCC 
1. Ianya boleh diambil oleh pelbagai golongan pengguna dari peringkat kanan-kanak, remaja, dewasa, pertengahan umur sehinggalah kepada kategori umur warga emas,
2. DCC adalah berasaskan herba tumbuhan semulajadi. Tidak mengandungi unsur sintetik (bahan kimia).

3. Sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap "immune' yang lemah, mudah jatuh sakit atau demam dan mereka yang cepat letih. DCC betindak seperti antibodi semulajadi

4. Disarankan juga kepada mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat (mental dan fizikal) . DCC dapat membantu untuk meningkatkan tenaga anda supaya berada dlm keadaan cergas dan kuat.
.
5. Boleh diambil oleh mereka yang menghadapi masalah 'malfunction' pulmonari seperti asma, bronkitis yang kronik, emfisema, dan rhinitis yang kronik.

6. Mereka yang menghadapi masalah fungsi renal yang kronik atau kegagalan fungsi renal dan sakit/sengal pada bahagian belakang.

7. Mereka yang  yang mempunyai tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

8. Mereka yang menghadapai masalah fungsi seksual.

Cara Pemakanan
- Diambil 1 jam sebelum makan semasa perut kosong. 1 hingga 2 kapsul pagi dan petang/malam. Lebih kurang 15 ke 20 minit kemudian, amat digalakkan disusuli dengan Danshen Plus.

Nota - Setiap botol DCC mengandungi 100 biji kapsul pada harga RM140

KLIK  di sini untuk daptkan maklumat tambahan.



Tuesday, 7 March 2017

STROK ATAU ANGIN AHMAR

Pada kebiasaannya, ahli keluarga akan panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika ada antara ahli keluarga secara tiba-tiba diserang strok atau angin ahmar. Justeru, insan yang disayangi kini tidak lagi mampu untuk bergerak mahupun menguruskan diri.

Sokongan dan bantuan emosi daripada keluarga terdekat, saudara mara serta rakan kenalan begitu penting bagi membantu proses pemulihan kepada pesakit strok.

Tidak ramai yang menyedari dan mengetahui cara untuk memulihklan pesakit strok. Pesakit strok dapat dipulihkan bergantung kepada tahap keseriusan penyakit itu.

Jika seseorang menghidap strok, tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Strok masih boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak pesakit telah mengalami kerosakan.

Oleh yang demikian, amat penting sekali untuk mengambil tindakan pro-aftif pada peringkat awal bagi mencegah dan mengelakkan dari terkena serangan strok. Jangan sesekali memandang ringan terhadap penyakit ini.

Strok juga dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran (red flag) sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan (samada sebelah kanan atau kiri). Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh jika gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan.

Faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok ialah diabetes, darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan tabiat merokok.

Antara tanda awal berasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan. Paling ketara bila berlaku kesukaran bercakap atau pertuturan tidak jelas.

Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia (salur darah tersumbat) dan strok berdarah (salur darah pecah).

Pendarahan otak
Jenis serangan strok atau angin ahmar

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Strok iskemia berlaku kesan dari pengumpulan kolestrol di dalam arteri semenjak bertahun lamanya. Bagi kes strok iskemia, ianya boleh dicegah dan dirawat secara berkesan untuk mengurangkan kerosakan kepada otak.

Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Antara punca utama adalah penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat. Ini memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri
pecah dan seterusnya berdarah.

Pesakit sering terkeliru mengenai tanda-tanda awal strok dengan penyakit lain seperti jantung. Mereka yang berasa sakit dada akan segera mendapatkan rawatan perubatan kerana bimbang mengalami serangan jantung. Namun, ramai yang menghidap gejala strok, seperti kelemahan di sebelah bahagian badan atau pertuturan yang kurang jelas, cuma mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.Ada pula kalangan ahli keluarga yang beranggapan ia bukan serangan strok tetapi terjadi akibat perbuatan aniaya atau sihir.

Khalayak perlu mengetahui tanda amaran awal strok sebab strok menyerang tanpa mengira usia.

Bila tindakan lambat diambil, banyak masa yang hilang sewaktu mendapatkan rawatan kecemasan yang boleh membawa perbezaan ketara  kepada keupayaan pergerakan fizikal pesakit.

Adalah disarankan untuk mendapatkan Tasly Danshen Plus (penawar yang bersasakan herba semulajadi) bagi mengatasi mesalah yang berkaitan dengan jantung, saluran darah tersumbat, strok, komplikasi diabetes dan paras kolesterol yang tinggi. 

Herba penawar jantung
Herba penawar jantung, saluran darah tersumbat
Cara Pemakanan:

- 2 kapsul pagi dan 2 kapsul  petang (diambil satu (1) jam sebelum makan semasa perut kosong)
**Cara makan yang betul adalah dengan membuka kapsul dan tuangkan isi kapsul ke bawah lidah, biarkan ia cair sendiri, dengan cara ini, ubat dapat diserap dengan lebih cepat dan berkesan terus ke dalam saluran darah.


DIMANA UNTUK DAPATKAN PRODUK TASLY.