Monday, 26 February 2018

MASALAH SALURAN DARAH TERSUMBAT-ELAKKAN PEMBEDAHAN

SALURAN DARAH 

Saluran darah terbahagi kepada saluran kasar dan saluran yang amat halus (micro kapilari) bagi membekalkan nutrien dan oksigen yang secukupnya ke seluruh tubuh dan organ-organ dalaman yang penting seperti jantung, otak, buah pinggamg, hati dan paru-paru.  

Pada kebiasaannya penyempitan dan penyumbatan akan bermula dari saluran darah micro. Apabila dibiarkan tanpa rawatan untuk tempoh yang lama, ini mengakibatkan tersebut akan menjadi sempit dan jika dibiarkan terus akan mengalami penyumbatan. Antara simpton berlaku penyumbatan antaranya adalah mudah berasa kebas pada anggota tubuh, cepat letih, mudah mengantuk, mata menjadi kabur, tekanan darah mula meningkat. Ia menjadi lebih serius apabila penyumbatan atau penyempitan berlaku pada saluran kasar.

Sila lihat imej keratan rentas di bawah yang menerangkan secara ringkas mengenai saluran yang normal dan yang bermasalah. 


Saluran darah normal vs yang bermasalah

Angioplasti adalah satu prosedur untuk membuka arteri yang telah sempit atau tersumbat akibat pembentukan plak.

Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Apabila arteri tersumbat, perjalanan darah akan terjejas. 

Darah dalam arteri pula membekalkan jantung dengan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan.

Dengan peredaran masa, pembentukan lemak yang dinamakan plak boleh terjadi di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyekat ataupun mengurangkan kelancaran pengaliran darah dalam arteri. Plak yang terbentuk dalam arteri akan menjejaskan  aliran darah ke jantung mengakibatkan penyakit arteri koronori.

Semasa prosedur ini, satu torehan kecil akan di buat pada pangkal peha atau pergelangan tangan untuk memasuki dawai pandu melalui arteri.

Ia di susuk melalui arteri ke tempat di mana berlakunya sumbatan. Satu kateter yang dipasang pada belon yang kempis akan menyusuri dawai pandu hingga ke tempat yang ada sumbatan.

Apabila belon itu dikembungkan, ia akan memampatkan plak hingga ke dinding arteri. Proses ini akan membesarkan pembukaan arteri dan membolehkan darah mengalir secara normal melaluinya

Ada ketikanya semasa angioplasty, stent akan dimasukkan  ke bahagian yang tersumbat untuk membantu arteri supaya tidak tertutup semula. Stent ialah sejenis tiub jaring dawai yang di letakkan di sekeliling kateter belon yang kempis.

Apabila kateter dihala tujukan ke bahagian yang tersumbat dan dikembangkan, sten akan membesar dan melekat pada dinding arteri

Kemudian,  kateter dan dawai pandu akan dikeluarkan sementara stent berkenaan kekal di tempatnya.
Prosedur angioplasti mungkin perlu diulangi jika pembentukan plak itu berulang.


Kesan sampingan daripada prosedur ini ialah ia akan menjadikan dinding arteri berdarah atau lemah dan menyebabkan bahagian arteri yang lain mungkin tersumbat.



PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG (BY PASS)

Pembedahan pintasan  jantung adalah satu pembedahan yang besar dilakukan oleh pakar jantung bilamana angioplasti tidak dapat dilakukan kerana beberapa sebab antaranya:

- lokasi sumbatan yg tidak sesuai

- salurdarah jantung terlalu kecil bagi memasukkan belon dan stent

- terdapat beberapa sumbatan yang memerlukan banyak stent

-  terlaku banyak kalsium pada dinding salur darah jantung

Jika mana-mana salur darah jantung tersumbat, maka lencongan perlu dilakukan. Mudah kata, lencongan itu mewujudkan satu saluran darah baru bagi membolehkan bekalan darah kepada jantung dapat disalurkan.

Walaubagaimanapun ada kemungkinan untuk seseorang pesakit yang telah menjalani pembedahan koronari mengalami semula koronari jantung tersumbat.

Kalau saluran darah jantung yang asal boleh tersumbat, maka kemungkinan saluran darah pintasan juga boleh tersumbat. Ini akan berlaku sekiranya pesakit tidak mengawal risiko-risiko penyakit  yang ada padanya seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan terus mengamal  gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok dan  mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat.
.
.Proses pembedahan yang besar serta mahal, prosedur yg rumit ini berkemungkinan hanya dpt bertahan utk beberapa tahun bergantung kpd disiplin diet pemakanan dan gaya hidup pesakit tersebut.


Antara risiko-risiko yang mungkin berlaku selepas melakukan pembedahan

• jangkitan luka dada (lebih biasa di kalangan pesakit obesiti atau diabetes, atau orang-orang yang         pernah membuat bypass sebelum ini)
• serangan jantung atau strok
• degupan jantung yang tidak teratur
• kegagaaln paru-paru atau buah pinggang
• sakit dada dan demam
• kehilangan ingatan atau "kekaburan"
• darah beku
• kehilangan darah
• kesukaran bernafas



Oleh  kerana itu,  kita hendaklah mengamalkan gaya hidup dan diet  pemakanan  yang sihat, sentiasa mengawal stress, mengambil suplimen seperti Tasly Danshen Plus (TCM - Traditional Chinese Medicine).