Monday, 26 February 2018

MASALAH SALURAN DARAH TERSUMBAT-ELAKKAN PEMBEDAHAN

SALURAN DARAH 

Saluran darah terbahagi kepada saluran kasar dan saluran yang amat halus (micro kapilari) bagi membekalkan nutrien dan oksigen yang secukupnya ke seluruh tubuh dan organ-organ dalaman yang penting seperti jantung, otak, buah pinggamg, hati dan paru-paru.  

Pada kebiasaannya penyempitan dan penyumbatan akan bermula dari saluran darah micro. Apabila dibiarkan tanpa rawatan untuk tempoh yang lama, ini mengakibatkan tersebut akan menjadi sempit dan jika dibiarkan terus akan mengalami penyumbatan. Antara simpton berlaku penyumbatan antaranya adalah mudah berasa kebas pada anggota tubuh, cepat letih, mudah mengantuk, mata menjadi kabur, tekanan darah mula meningkat. Ia menjadi lebih serius apabila penyumbatan atau penyempitan berlaku pada saluran kasar.

Sila lihat imej keratan rentas di bawah yang menerangkan secara ringkas mengenai saluran yang normal dan yang bermasalah. 


Saluran darah normal vs yang bermasalah

Angioplasti adalah satu prosedur untuk membuka arteri yang telah sempit atau tersumbat akibat pembentukan plak.

Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Apabila arteri tersumbat, perjalanan darah akan terjejas. 

Darah dalam arteri pula membekalkan jantung dengan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan.

Dengan peredaran masa, pembentukan lemak yang dinamakan plak boleh terjadi di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyekat ataupun mengurangkan kelancaran pengaliran darah dalam arteri. Plak yang terbentuk dalam arteri akan menjejaskan  aliran darah ke jantung mengakibatkan penyakit arteri koronori.

Semasa prosedur ini, satu torehan kecil akan di buat pada pangkal peha atau pergelangan tangan untuk memasuki dawai pandu melalui arteri.

Ia di susuk melalui arteri ke tempat di mana berlakunya sumbatan. Satu kateter yang dipasang pada belon yang kempis akan menyusuri dawai pandu hingga ke tempat yang ada sumbatan.

Apabila belon itu dikembungkan, ia akan memampatkan plak hingga ke dinding arteri. Proses ini akan membesarkan pembukaan arteri dan membolehkan darah mengalir secara normal melaluinya

Ada ketikanya semasa angioplasty, stent akan dimasukkan  ke bahagian yang tersumbat untuk membantu arteri supaya tidak tertutup semula. Stent ialah sejenis tiub jaring dawai yang di letakkan di sekeliling kateter belon yang kempis.

Apabila kateter dihala tujukan ke bahagian yang tersumbat dan dikembangkan, sten akan membesar dan melekat pada dinding arteri

Kemudian,  kateter dan dawai pandu akan dikeluarkan sementara stent berkenaan kekal di tempatnya.
Prosedur angioplasti mungkin perlu diulangi jika pembentukan plak itu berulang.


Kesan sampingan daripada prosedur ini ialah ia akan menjadikan dinding arteri berdarah atau lemah dan menyebabkan bahagian arteri yang lain mungkin tersumbat.



PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG (BY PASS)

Pembedahan pintasan  jantung adalah satu pembedahan yang besar dilakukan oleh pakar jantung bilamana angioplasti tidak dapat dilakukan kerana beberapa sebab antaranya:

- lokasi sumbatan yg tidak sesuai

- salurdarah jantung terlalu kecil bagi memasukkan belon dan stent

- terdapat beberapa sumbatan yang memerlukan banyak stent

-  terlaku banyak kalsium pada dinding salur darah jantung

Jika mana-mana salur darah jantung tersumbat, maka lencongan perlu dilakukan. Mudah kata, lencongan itu mewujudkan satu saluran darah baru bagi membolehkan bekalan darah kepada jantung dapat disalurkan.

Walaubagaimanapun ada kemungkinan untuk seseorang pesakit yang telah menjalani pembedahan koronari mengalami semula koronari jantung tersumbat.

Kalau saluran darah jantung yang asal boleh tersumbat, maka kemungkinan saluran darah pintasan juga boleh tersumbat. Ini akan berlaku sekiranya pesakit tidak mengawal risiko-risiko penyakit  yang ada padanya seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan terus mengamal  gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok dan  mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat.
.
.Proses pembedahan yang besar serta mahal, prosedur yg rumit ini berkemungkinan hanya dpt bertahan utk beberapa tahun bergantung kpd disiplin diet pemakanan dan gaya hidup pesakit tersebut.


Antara risiko-risiko yang mungkin berlaku selepas melakukan pembedahan

• jangkitan luka dada (lebih biasa di kalangan pesakit obesiti atau diabetes, atau orang-orang yang         pernah membuat bypass sebelum ini)
• serangan jantung atau strok
• degupan jantung yang tidak teratur
• kegagaaln paru-paru atau buah pinggang
• sakit dada dan demam
• kehilangan ingatan atau "kekaburan"
• darah beku
• kehilangan darah
• kesukaran bernafas



Oleh  kerana itu,  kita hendaklah mengamalkan gaya hidup dan diet  pemakanan  yang sihat, sentiasa mengawal stress, mengambil suplimen seperti Tasly Danshen Plus (TCM - Traditional Chinese Medicine).














Friday, 20 October 2017

SISTEM IMMUNISASI TUBUH BADAN MANUSIA




SISTEM 'IMMUNE' TUBUH MANUSIA

Apabila umur semakin meningkat dan adakalanya disiplin diet pemakanan sukar untuk dipatuhi, antara cara terbaik adalah meningkatkan antibodi dalaman badan dengan mengambil langkah proaktif. Di sini Tasly Dong Chong Cao (DCC) dapat membantu memperbaiki, membaikpulih dan meningkatkan sistem 'immune' atau antibodi badan.



Sistem 'immune' merupakan satu sistem yang sangat canggih/ Ia bertindak memberikan perlindungan dari sebarang penyakit berbahaya. Sistem ini terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus).


MENGAPA DAN KENAPA SISTEM IMUNISASI PENTING ?

Sistem imunisasi adalah sistem pertahanan kedua selepas kulit. Ia ibarat perisai atau tentera di dalam badan. Apabila umur meningkat, badan tidak akan sekuat dulu lagi, tenaga juga semakin berkurang. Apabila badan tidak boleh melawan atau berada di tahap serius serta di luar kemampuan tubuh, maka kita akan mula merasa tidak selesa atau rasa tidak sedap badan.

Sistem imunisasi berkebolehan untuk melawan kerosakan daripada benda asing seperti virus, bakteria, kulat, kimia berbahaya, protein asing dan sel kanser supaya kita sentiasa SIHAT SEJAHTERA, CERIA dan ini akan memudahkan pergerakan. .


Tugas sistem 'immune' :-

Sistem imunisasi tubuh bekerja tanpa henti i.e. 24 jam setiap detik dan ketika tanpa henti kerana kebarangkalian untuk mendapat serangan terhadap sistem pertahanan badan sentiasa ada. Kita tidak perasan sebab ianya terlalu halus, berbentuk micro-mekanisma.

Bagi membolehkan sistem 'immune' melindungi kita, maka kita perlu menjaga kesihatan serta mengambil vitamin dan pemakanan tambahan. Pengambilan Tasly DCC, herba tradisional yang bersifat antioksidan ini diperbuat dari tumbuhan semulajadi yang terpilih yang proses dan dikilangkan menggunakan teknologi moden yang terkini pastinya dapat membantu tubuh untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.



Herba ini dapat membantu membantu menyediakawal dan melindungi sistem 'immune" di dalam badan.

Antara keunikan produk Tasly DCC:-

1. Produk berasaskan herba tumbuhan semulajadi terpilih yang mendapat kelulusan KKM;
2. Sesuai untuk golongan muda dan yang telah berusia;
3. Kandungan herba semulajadi yang bebas dari bahan beracun, toksik atau bahan sintetik (kimia)

Fungsi utama Tasly DCC :-

1. Membantu meningkatkan tenaga supaya berada dalam keadaan kuat dan sihat seperti mereka yang
mempunyai tekanan kerja yang berat (mental dan fizikal) dan begitu ketar untuk berasa cepat letih/penat/lesu dan mengantuk;
2. Melindungi sistem 'immune" di dalam badan terutamanya mereka yang mudah jatuh sakit, demam;
3. Memperbaiki fungsi-fungsi badan secara keseluruhan terutamanya mereka yang menghadapi masalah 'malfunction' pulmori seperti athma, bronkitis yang kronik emsifema dan rhinitis yang kronik.
4. Mereka yang menghadapi masalah fungsi renal yang kronik atau kegagalan fungsi renal dan sakit/sengal pada bahagian belakang.
5. Mereka yang  yang mempunyai tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
6. Mereka yang menghadapai masalah fungsi seksual.

Ambil berat tentang kesihatan tubuh Anda!
Proses pengilangan moden
DCC -proses pengilangan teknologi moden

KLIK DI SINI untuk mengetahui penerangan lanjut mengenai Tasly DCC.

Thursday, 27 July 2017

SERANGAN JANTUNG DI USIA MUDA

Serangan Jantung Pada Usia Muda

Jangan fikir anda masih muda , umur masih dbawah 30 tahun dan anda akan terselamat dari serangan penyakit jantung Serangan jantung tidak mengenal usia. Walaupun seseorang itu sangat aktif dalam bidang sukan pun, tapi risikonya tetap ada.

Sebelum ni serangan jantung dikaitkan dengan  orang yg berusia 60 tahun keatas, tapi sejak akhir-akhir ini, perkara biasa bila kita sering mendengar ramai yang berumur 50 tahun kebawah juga mendapat serangan jantung hingga membawa maut. Berada dikemuncak kerjaya dan anak-anak tengah membesar.

Tahun lepas saya dikejutkan dengan berita anak lelaki tunggal seorang kawan yang selalu berjamaah di masjid tiba-tiba meninggal dunia. Sedih sangat dan amat terkejut. Maklumlah itulah saja anak yang dia ada, peneman dan pemberi semangat pada ibu yang telah lama kematian suami.

Ibunya tak sedar pun bila anaknya menghembuskan nafas terakhir. Kejut dari tidur untuk solat Zohor, anak dah tak bernyawa. Baru berumur awal 30an .

Kadang- kadang bila dilihat pesakit tersebut merupakan individu yang sihat, aktif dan muda, tetapi apa yang mereka tidak sedar, mereka sudah lama terdedah kepada risiko penyakit jantung sejak awal lagi.

Terdapat  2 faktor risiko punca penyakit jantung

1. FAKTOR RISIKO TIDAK BOLEH DIUBAH

-   keturunan- samada ibubapanya juga  pernah mengidap sakit jantung 

-   umur- 60 tahun keatas

-  jantina-lebih ramai lelaki cenderung terkena serangan lebih awal, disebabkan golongan wanita memiliki hormon estrogen ketika dia masih didatangi haid

-  kaum- kajian yang dibuat mendapati kaum india lebih ramai, mungkin disebabkan faktor genetik atau gaya hidup

2. FAKTOR RISIKO BOLEH  DIUBAHSUAI

- merokok

- tekanan darah tinggi

- kencing manis-diabetes melitus

- tahap kolestrol tidak normal 

 - kegemukan

- gaya hidup tidak aktif.

Tapi apa yang sangat perlu kita tekankan ialah faktor risiko yang boleh dubah suai seperti diatas..Kesemua faktor risiko ini bukan saja mengundang penyakit jantung malah penyakit kronik yang lain sedangkan ia boleh diubah  dengan mengubah  gaya hidup ke arah lebih sihat.


Penyakit jantung koroneri sebenarnya boleh dielakkan jika kita tegas dengan diri sendiri. Pada masa ini, kita lihat, ramai dikalangan kita yang makin malas bersenam.. Banyak masa yang dihabiskan anak muda dengan gajet. Pemakanan juga  tidak dijaga meyebabkan peningkatan obesiti dikalangan remaja. 

Sebenarnya seawal usia remaja sudah berlaku penyumbatan pada saluran darah disebabkan faktor pemakanan & gaya hidup tidak aktif. Kajian yang dibuat melalui 'post mortem' pada kanak-kanak yang meninggal kerana kemalangan , saluran darah mereka sudah mulai berlaku penyumbatan.

Bayangkan bila usia semakin meningkat peyumbatan itu akan terus berlaku menyebabkan mereka diserang sakit jantung ketika usia muda.

Dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil ubat ubatan berasaskan herba semulajadi dan mendapat pengiktirafan antarabangsa ie US FDA, telah banyak terbukti keberkesanannya untuk mengatasi penyakit jantung koroneri.


US FDA Certification on Tasly Danshen Plus



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Sila klik DI SINI lihat klip video ringkas.