Thursday, 27 July 2017

SERANGAN JANTUNG DI USIA MUDA

Serangan Jantung Pada Usia Muda

Jangan fikir anda masih muda , umur masih dbawah 30 tahun dan anda akan terselamat dari serangan penyakit jantung Serangan jantung tidak mengenal usia. Walaupun seseorang itu sangat aktif dalam bidang sukan pun, tapi risikonya tetap ada.

Sebelum ni serangan jantung dikaitkan dengan  orang yg berusia 60 tahun keatas, tapi sejak akhir-akhir ini, perkara biasa bila kita sering mendengar ramai yang berumur 50 tahun kebawah juga mendapat serangan jantung hingga membawa maut. Berada dikemuncak kerjaya dan anak-anak tengah membesar.

Tahun lepas saya dikejutkan dengan berita anak lelaki tunggal seorang kawan yang selalu berjamaah di masjid tiba-tiba meninggal dunia. Sedih sangat dan amat terkejut. Maklumlah itulah saja anak yang dia ada, peneman dan pemberi semangat pada ibu yang telah lama kematian suami.

Ibunya tak sedar pun bila anaknya menghembuskan nafas terakhir. Kejut dari tidur untuk solat Zohor, anak dah tak bernyawa. Baru berumur awal 30an .

Kadang- kadang bila dilihat pesakit tersebut merupakan individu yang sihat, aktif dan muda, tetapi apa yang mereka tidak sedar, mereka sudah lama terdedah kepada risiko penyakit jantung sejak awal lagi.

Terdapat  2 faktor risiko punca penyakit jantung

1. FAKTOR RISIKO TIDAK BOLEH DIUBAH

-   keturunan- samada ibubapanya juga  pernah mengidap sakit jantung 

-   umur- 60 tahun keatas

-  jantina-lebih ramai lelaki cenderung terkena serangan lebih awal, disebabkan golongan wanita memiliki hormon estrogen ketika dia masih didatangi haid

-  kaum- kajian yang dibuat mendapati kaum india lebih ramai, mungkin disebabkan faktor genetik atau gaya hidup

2. FAKTOR RISIKO BOLEH  DIUBAHSUAI

- merokok

- tekanan darah tinggi

- kencing manis-diabetes melitus

- tahap kolestrol tidak normal 

 - kegemukan

- gaya hidup tidak aktif.

Tapi apa yang sangat perlu kita tekankan ialah faktor risiko yang boleh dubah suai seperti diatas..Kesemua faktor risiko ini bukan saja mengundang penyakit jantung malah penyakit kronik yang lain sedangkan ia boleh diubah  dengan mengubah  gaya hidup ke arah lebih sihat.


Penyakit jantung koroneri sebenarnya boleh dielakkan jika kita tegas dengan diri sendiri. Pada masa ini, kita lihat, ramai dikalangan kita yang makin malas bersenam.. Banyak masa yang dihabiskan anak muda dengan gajet. Pemakanan juga  tidak dijaga meyebabkan peningkatan obesiti dikalangan remaja. 

Sebenarnya seawal usia remaja sudah berlaku penyumbatan pada saluran darah disebabkan faktor pemakanan & gaya hidup tidak aktif. Kajian yang dibuat melalui 'post mortem' pada kanak-kanak yang meninggal kerana kemalangan , saluran darah mereka sudah mulai berlaku penyumbatan.

Bayangkan bila usia semakin meningkat peyumbatan itu akan terus berlaku menyebabkan mereka diserang sakit jantung ketika usia muda.

Dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil ubat ubatan berasaskan herba semulajadi dan mendapat pengiktirafan antarabangsa ie US FDA, telah banyak terbukti keberkesanannya untuk mengatasi penyakit jantung koroneri.


US FDA Certification on Tasly Danshen Plus



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Sila klik DI SINI lihat klip video ringkas.

No comments:

Post a Comment