TEKANAN DARAH TINGGI / HIPERTENSI
TEKANAN darah tinggi kadangkala digelar 'pembunuh senyap' kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.
Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini mengidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa. Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.
Penyakit ini bukanlah asing dikalangan rakyat Malaysia mahupun di dunia, malah ada dikalangan ahli keluarga kita yang mengidap penyakit ini, samada disedari atau tidak. Penyakit darah tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana ia sangat berbahaya jika tidak dikawal dan boleh menjadi penyebab utama kepada serangan penyakit berbahaya seperti serangan strok dan jantung (heart attack) serta penyakit kardiovaskular yang lain, kegagalan buah pinggang dan buta. Ini menjadikan penyakit darah tinggi 'pembunuh senyap' yang ramai orang tidak sedar.
 |
Danshen Plus- langkah pencegahan serangan jantung |
Penyakit ini melibatkan lebih kurang 5 hingga 6 juta rakyat Malaysia dan bilangan kes semakin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.
APAKAH PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah adalah jumlah daya yang dikenakan terhadap dinding arteri semasa pengaliran darah, ia bermaksud dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan berulang-ulang kali untuk tempoh atau jangkamasa yang panjang secara berterusan. Dalam istilah lain dipanggill KRONIK.
Berdasarkan kepada statistik, lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular. Ini menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia. Dan, penyakit tekanan darah tinggi ini amat berkait rapat serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular, dan ianya dengan semakin meningkat setiap tahun.
MENGUKUR TEKANAN DARAH
Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan secara berterusan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke paru-paru, di mana bekalan oksigen akan diisi semula. Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh tubuh. Proses mengepam darah ini mewujudkan tekanan darah. Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:
1. Tekanan Sistolik - apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.
2.
Tekanan Diastolik = apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.
 |
Keratan rentas saluran darah - normal vs mendapan lemak |
Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung. Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.
Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita. Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.
SIMPTON PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya Gejala tekanan darah tinggi biasanya termasuk: -
•
Sakit kepala. Kebiasaannya akan berlangsung selama beberapa hari;
•
Loya . Rasa tidak selesa di dalam perut dengan keinginan untuk muntah;
•
Muntah;
•
Pening;
•
Penglihatan kabur atau berbayang (diplopia);
•
Hidung berdarah;
•
Berdebar-debar - degupan jantung yang tidak sekata;
•
Sesak nafas.
Terdapat juga banyak insiden di mana tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.
PUNCA BERLAKU TEKANAN DARAH TINGGI
Kebanyakan punca berlakunya tekanan darah tinggi kerana faktor-faktor di bawah: -
1. Umur - mereka yang berusia lanjut adalah lebih tinggi risiko mempunyai tekanan darah tinggi.
2. Sejarah keluarga - Jika ada ahli keluarga yang rapat yang mempunyai tekanan darah tingg, maka kemungkinan untuk mengidapnya juga adalah jauh lebih tinggi.
3. Suhu - Tekanan darah lebih rendah di tempat lebih panas dan meningkat di tempat lebih sejuk.
4. Obesiti / berat badan berlebihan.
5. Aspek gender - Secara umum, tekanan darah tinggi lebih biasa di kalangan lelaki dewasa berbanding wanita dewasa. Walau bagaimanapun, selepas umur 60 lelaki dan wanita adalah sama-sama terdedah.
6. Aktiviti fizikal -Kurang bersenam, serta mempunyai gaya hidup yang tidak aktif, meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
7. Merokok - Merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit, mengurangkan kandungan oksigen dalam darah. Faktor ini menyebabkan jantung perlu mengepam lebih cepat untuk mengimbanginya dan akibatnya meningkatan tekanan darah.
8.
Pengambilan alkohol
9.
Pengambilan garam yang tinggi
10. Diet tinggi lemak - Lemak yang diperolehi dari tumbuh-tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun serta minyak omega yang banyak terdapat dalam beberapa jenis ikan adalah baik untuk badan. Manakala lemak tepu yang banyak terdapat pada haiwan dan lemak trans adalah tidak baik untuk tubuh.
11. Tekanan mental -Tekanan mental atau ‘stress’, terutama dalam jangka masa panjang mempunyai kesan yang serius terhadap tekanan darah. Tahap tekanan mental yang tidak diuruskan dengan baik boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
12. Diabetes - Penghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat tekanan darah tinggi.
13. Kehamilan - Wanita hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat tekanan darah tinggi berbanding wanita umur yang sama yang tidak hamil. Ia adalah masalah perubatan yang paling biasa yang dihadapi sepanjang proses kehamilan.
KOMPLIKASI PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI AMAT BERBAHAYA
Jika tekanan darah tinggi yang tidak dirawat atau dikawal, tekanan yang berlebihan pada dinding arteri boleh mengakibatkan kerosakan saluran darah (penyakit kardiovaskular), serta organ-organ penting yang lain. Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.
Berikut adalah senarai beberapa komplikasi kemungkinan tekanan darah tinggi: -
1.
Strok – ini antara contoh kerosakan pembuluh darah yang besar. Aliran darah ke otak yang terjejas disebabkan sekatan atau arteri yang pecah ke otak dan sel-sel otak mati;
2.
Serangan jantung – Ini juga contoh kerosakan pada pembuluh darah besar. Otot jantung mati akibat kehilangan bekalan darah.
 |
Danshen Plus-penawar jantung herba |
3. Kegagalan jantung – lagi contoh kerosakan pada pembuluh darah besar. Jantung bergelut untuk mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seluruh badan. Keadaan lebih serius apabila otot jantung mengepam darah pada tekanan yang lebih tinggi ke dalam saluran darah beku. Sesetengah pembekuan darah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius;
4. Aneurisme - Bengkak atau bonjol di dinding urat, arteri atau jantung. Dinding menjadi lemah dan boleh pecah di saluran aorta, kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.
5. Penyakit buah pinggang – Ini adalah contoh kepada kerosakan pembuluh darah yang kecil. Tekanan darah tinggi sering merosakkan saluran darah kecil di dalam buah pinggang, menyebabkan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya buah pinggang boleh gagal sepenuhnya (kegagalan buah pinggang);
6. Hipertensi retinopati/mata – lagi contoh kerosakan pada pembuluh darah kecil. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh membawa kepada saluran darah ke mata menebal, mengecil atau koyak, yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan;
7. Sindrom metabolik - ini adalah satu gangguan metabolisme badan, termasuk garis pinggang yang lebih besar, tahap HDL darah rendah (kolesterol baik), tekanan darah tinggi. Golongan ini berisiko tinggi dan lebih terdedah kepada diabetes, strok dan penyakit jantung.
8. Masalah kognitif dan memori - keupayaan untuk mengingati sesuatu, belajar dan memahami akan terjejas.
9. Atrial fibrillationatau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.
GAYA HIDUP SIHAT MAMPU MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI
Mujurlah penyakit tekanan darah tinggi ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.
1. Bersenam - Bersenam selama 30 hingga 60 minit lima hari seminggu biasanya akan menurunkan tekanan darah. Senaman perlu disesuaikan dengan keperluan dan kesihatan seseorang.
2. Hindari pengambilan alkohol
3. Makan secara sihat – banyakkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran, karbohidrat bertapis, minyak sayur-sayuran dan minyak omega. Jika hendak ambil produk haiwan, pastikan lemak dipotong dan elakkan daging yang diproses.
4. Mengurangkan pengambilan garam (sodium)
5. Menurunkan berat badan
6. Mengurangkan pengambilan kafein, minuman berkabornat dan minuman tenaga berkabonat - minuman popular ini meningkatan dalam tekanan darah dan kadar degupan jantung. Pengambilan kafein yang berlebihan tidak baik untuk orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
7. Tidur - tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat tekanan darah tinggi.
8. Mengambil supplement atau makanan tambahan yang sesuai.
 |
Antobodu Herba - DCC |
Sila
KLIK disini dan
KLIK di sini untuk mendapatkan langkah penyelesaian kepada masalah tekanan darah tinggi.